“ AL GHAZALI 1058-1111 M”
A.Riwayat Hidup
Abū Ĥāmid al-Ghazālī yang dikenali sebagai Algazel di Dunia Barat, adalah salah seorang ilmuwan Islam. Beliau juga merupakan seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenal umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta dianggap sebagai al-mujaddid untuk kurunnya. Nama al-Ghazali kadang-kadang diucapkan al-Ghazzali (dua z). Kata ini berasal dari ghazzal, artinya tukang pinal benang, disebabkan karena pekerjaan ayahnya.
Imam Al Ghazali nama lengkapnya adalah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali, gelaran nisbahnya al-Ghazālī aţ-Ţūsī. Nama panggilannya (kunyah) pula Abū Ĥāmid. Di antara nama-nama gelaran lain yang telah diberikan kepadanya ialah Ĥujjatul-Islām, Sirāj al-Mujtahidīn dan Zain al-'Ābidīn. Ia lahir pada tahun 450 H bertepatan dengan 1058 M, di Ghazaleh kota Thusi, wilayah Kurasan (Persia).Dan wafat di Tabristan wilayah propinsi Tus pada tanggal 14 Jumadil Akhir tahun 505 H, bertepatan dengan 1 Desember 1111 M.[1]
Keluarga Abū Ĥāmid al-Ghazālī kuat beragama. Ayahnya bekerja menenun kain dari bulu biri-biri. Hasil tenunan kainnya itu dibawa dari desa Ghazālah ke kota Ţūs untuk dijual di sana. Walaupun si ayah adalah seorang lelaki yang miskin, dia juga merupakan seorang yang jujur dan baik hati. Dia suka bergaul dengan al-'ulamā' dan juga para sufi sambil memetik ilmu-ilmu agama, serta berbakti dan berkhidmat kepada mereka. Kerana selalu mendampingi orang-orang yang berilmu dan sering pula mendengar uraian-uraian daripada mereka, si ayah telah merasa kesan positifnya, lalu berdoa agar dia dikurniakan seorang anak yang cerdik, berilmu dan juga şāliĥ. Doanya itu telah diperkenankan.